Atuk!!

Baru baru ni, atuk nisa meninggal dunia. Memang masa time dapat berita tu, sedih gila because, atuk tu je yang tinggal dalam family kami and nisa sayang gila dekat atuk. Atuk meninggal pada hari sabtu, Malam jumaat tu sampai lah lepas kesubuh sabtu tu nisa study memandangkan nak final computer and mathematics on the same day. So lepas pukul 7 tu nisa tidur lah. Then dlm pukul 12 bangun, tengah guling guling then ayah call kata, 'Syahirah siap !!, kita nak balik kampung'. Masa tu dah x fikir apa dah terus pack barang sana barang sini. Actually nisa ingat atuk tengah nazak and sempat kot mintak maaf or cakap anything. Rupa rupanya dah meninggal :'(  . Ayah nisa drive laju gila, memang nisa acknowledge yg ayah saya pandai drift bagai tuh but dia x suka tunjuk cause dia pemandu berhemah. But that day atuk meninggal and nak kena rushing sebab nak tengok atuk before kebumikan memang ayahku bawak laju gila lah. Selalunya ayah bawak kereta kat highway 60km/h je. but that day 120 km/h , and sampai jer tangkak nak masuk ke gersik bagai tuh memang dalam 40 minit, ayah saya bawak dalam 20 minit jer, sebab langgar semua traffic merah.

Dalam kereta memang kalau ikutkan dah leleh bagai dah but control gila. Chill je. Yelah takkan nak sedih. Even anak dia (mak nisa) tak nangis pun. Dah sampai rumah atuk nampak lah mayat atuk. Sumpah that time ackward gila dgn everyone keliling atuk. Pelik lah kenapa atuk perlu pergi sekarang, jangan lah pergi (that kind of feeling). Memang nisa nangis dekat belakang jee, control sikit bcoz i think i dont deserved to cry, yelah cucu je pun, but that time masa dh xley tahan then nangis OTP dengan hafiz kat belakang hutan sana.

Memang terasa sunyi bila atuk xder kat kampung tuh. Selalunya pagi pagi atuk akan suluh kami semua untuk check sape yang tak tidur malam malam nih. Atuk ada banyak gila collection lampu suluh. Dia suka gila lampu suluh tuh, dari yang xder bunyi ke berbunyi. Yang dari pegang jer ke yang letak di kepala (masuk gunung tuh).

Nisa actually sedih sebab xsempat nak call atuk before this. Yelah selalu nya ayah nisa pesan 'Jangan lupa call atuk and nenek tu, tanya khabar' but bulan empat hari tu busy gila kot dengan AGD nyer, meeting sana meeting sini, sampai lupa nak called mintak restu nak exam bagai. Sedih woeee :'(

Apa apa pun, saya rasa atuk rohnyer sihat sejahtera disana. Masa tengok arwah atuk saya terbaring berkain kafan, lembut jee muka dia and kulit dia, seperti tersenyum. Syahirah disini sentiasa mendoakan atuk and baca yassin.